Mimio baru saja melancarkan barisan produk baru dan kami sedang sibuk membangunkan kursus dan bahan latihan untuknya.
Sila kembali semula nanti untuk penambahan baru kami supaya anda mendapatkan yang terbaik daripada produk Mimio anda.
"Sebagai guru, saya tahu bagaimana teknologi interaktif boleh betul-betul membantu saya berhubungan dengan para pelajar saya. Saya juga sedar yang mempelajari teknologi baru mengambil masa dari jadual yang telah sedia sibuk. Sumber latihan dan program kami adalah fleksibel, jadi anda boleh belajar apabila anda mempunyai masa, sama ada bersendirian ataupun dalam kumpulan. Dalam banyak kes, anda boleh belajar dengan cepat dengan alatan dalam talian kami yang mudah."
Sarah Coughlin,
Pengurus Sokongan Guru
Sumber MimioTraining™ membolehkan anda untuk mendapat sepenuh kelebihan daripada teknologi kami yang inovatif. Belajar daripada pakar latihan kami - guru seperti anda, yang menggunakan produk Mimio dalam bilik darjah mereka sendiri.
Pilih daripada pelbagai sumber latihan untuk disesuaikan dengan keperluan anda.
Sama ada anda baru dengan produk MimioClassroom, perlu kajian semula atau ingin menjadi pakar, kami mempunyai komponen latihan untuk anda. Penyelesaian interaktif MimioClassroom adalah ringkas - mudah digunakan apabila dikeluarkan dari kotak - tetapi kami mempunyai sumber jika anda perlukan bantuan atau mahu belajar lebih lagi. Kami menyediakan pelbagai program latihan untuk disesuaikan dengan jadual dan zon selesa anda.
Akses bahan latihan dengan segera, pada jadual anda sendiri.
Latihan Pandu Diri Mimio memberikan akses sepenuhnya tanpa had kepada tutorial video daripada topik asas sehingga ke topik lanjutan MimioClassroom. Muat turun Panduan Pengguna, panduan Mula Pantas dan Kad Rujukan untuk dirujuk pada bila-bila masa.

Hadiri sesi latihan secara langsung, dalam talian dan interaktif.
Perolehi pengetahuan praktikal mengenai bagaimana untuk memaksimumkan nilai produk MimioClassroom, sambil anda mempelajarinya secara interaktif. Daftar untuk sesi latihan dalam talian percuma yang dipimpin oleh pakar Mimio.