MimioStudio

Perisian Pendidikan untuk Bilik Darjah Interaktif

Perisian pendidikan MimioStudio™ DYMO/Mimio yang memenangi anugerah ini ialah satu-satunya perisian interaktif yang anda perlukan untuk mewujudkan dan menyampaikan pelajaran menggunakan papan putih yang interaktif dan menyeronokkan.

Perisian pendidikan MimioStudio menawarkan pelbagai alatan inovatif dengan ciri-ciri intuitif yang menjadikan pembelajaran dan pengajaran interaktif lebih mudah. Anda hanya perlu belajar menggunakan satu program perisian interaktif untuk mengawal semua produk MimioClassroom™ anda – dan anda pastinya cepat menjadi mahir kerana perisian ini sangat intuitif.

Mainkan video Wizard Aktiviti.

Baru menggunakan MimioStudio 9: Wizard Aktiviti

MimioStudio ActivityWizard

Aktiviti MimioStudio dan tahap darjah atau tingkatan tertentu serta menjana fakta-fakta yang relevan dari enjin ilmu Wizard Aktiviti untuk aktiviti tersebut secara automatik. Alat Wizard Aktiviti mengautomasikan proses penciptaan dan memaparkan langkah untuk mereka arahan yang berkualiti tinggi serta berkesan dalam beberapa minit sahaja. Pelajaran menjadi lebih bermakna dan pelajar dapat melibatkan diri dengan lebih baik dalam memperoleh kemahiran yang perlu untuk kejayaan yang berterusan.

Recognition Tools

Alatan Pengecaman
Tukar tulisan tangan anda menjadi teks bertaip dan bentuk lukisan tangan anda menjadi geometri yang sempurna bentuknya dengan mudah dan pantas.

Presentation Tools

Alatan Pembentangan
Jadikan pelajaran papan putih interaktif anda lebih menarik menggunakan alatan Sorot dan Tunjuk. Peralihan dan animasi slaid juga sentiasa di hujung jari anda dalam perisian interaktif ini.

Educational Content

Kandungan Pendidikan
Lukis menggunakan bermacam-macam kandungan pelajaran dalam Galeri MimioStudio. Terdapat banyak pelajaran dan Pek Kandungan yang boleh dimuat turun dan Wizard Aktiviti baru ini dapat menjana aktiviti yang berkualiti tinggi dalam beberapa minit sahaja

File Importing

Keserasian Fail
Import sumber sedia ada dalam pelbagai jenis fail (termasuk Microsoft Word, PowerPoint, Adobe, Smart, Promethean dan IWB) terus ke dalam perisian interaktif MimioStudio.

Screen Recording

Screen Recording
Rakam skrin anda dalam bentuk video bagi tujuan tutorial atau rakam tangkapan skrin statik tentang apa-apa sahaja pada komputer anda supaya dapat digabungkan ke dalam pelajaran anda.

Grade Scoring

Pemarkahan Gred
Rekodkan jawapan pelajar secara automatik menggunakan Buku Gred MimioStudio - jimatkan masa anda daripada memeriksa dan memberi gred ujian dengan tangan.

Perisian pendidikan MimioStudio boleh didapati dalam 33 bahasa dan boleh dipasang dan dijalankan merentasi pelbagai platform, termasuk sistem pengendalian Windows, Linux dan Macintosh.

Untuk pengalaman yang benar-benar mesra pengguna, perisian pendidikan MimioStudio yang intuitif lancar bersepadu dengan peranti MimioClassroom anda.

MimioClassroom MimioTeachMimioVoteMimioViewMimioCapture MimioPad