Tablet Wayarles MimioPad

Hubungi kami mengenai ketersediaan di kawasan anda.

MimioPad

Bagaimana jika anda boleh berjalan di sekitar bilik darjah anda sambil mengajar daripada papan putih?

Anda mahu bergerak apabila pelajaran berjalan lancar dan para pelajar anda teruja. Dengan tablet wayarles MimioPad™, anda boleh mengawal papan putih anda dari mana-mana sahaja dalam bilik darjah anda. Ia datang dengan penerima USB wayarles yang berkomunikasi secara automatik dengan sistem MimioTeach. Ini bermaksud bar alatan dan menu MimioStudio yang ringkas adalah sama bagi kedua-dua produk.

Bagaimana tablet MimioPad berfungsi:

  • Hidupkan tablet dan anda boleh dengan serta merta mengawal papan putih anda dari mana-mana sahaja di dalam bilik darjah anda.
  • Berjalan ke mana sahaja yang anda suka, sehingga ke jarak 9 meter (30 kaki).
  • Tulis, tunjuk dan klik pada tablet dengan stilus MimioPad.
Bilik darjah MimioPad

Dengan tablet MimioPad, anda boleh memberikan perhatian khusus kepada seseorang pelajar tanpa menyerahkan kawalan pelajaran.

Teknologi MimioPad membantu anda menggalakkan penyertaan pelajar,

Kerana anda bebas untuk bergerak, anda boleh memberikan perhatian khusus kepada seseorang pelajar dan menguruskan kelas anda dengan lebih efektif. Juga, beberapa tablet boleh disambungkan kepada satu komputer. Para pelajar gemar untuk mengambil giliran menggunakan tablet MimioPad dan mengklik pada papan putih tanpa meninggalkan tempat duduk mereka. Tambahan lagi, sistem ini membolehkan para pelajar dengan pergerakan yang terhad untuk menyertai tanpa perlu ke papan putih.

Tablet MimioPad adalah ringan dan senang dikendalikan.

Seperti kesemua produk Mimio, sistem MimioPad direka agar mudah digunakan dan mudah alih. Bentuk tablet sesuai dengan tangan anda, oleh itu tidak rasa janggal menggunakannya. Kekunci pintas pada skrin MimioPad memberikan anda capaian kepada alatan perisian MimioStudio dengan cepat dan mudah.