Penyelesaian MimioClassroom

Bilik darjah MimioClassroom

Ketahui bagaimana produk MimioClassroom boleh memberi inspirasi kepada anda dan para pelajar anda setiap hari.

Bagaimana jika kesemua teknologi mengajar anda bekerja bersama-sama secara lancar, supaya anda hanya perlu mengajar?

Gabungan sepenuhnya adalah manfaat unik kumpulan produk MimioClassroom™. Setiap alatan kami adalah mudah digunakan, teknologi yang hebat dengan sendirinya, tetapi kesemua produk kami direka untuk bekerja bersama, menggunakan perisian MimioStudio yang hebat. Ini bermakna persediaan kerja berkurangan bagi anda dan lebih masa untuk mengajar!

Pelajari mengenai faedah hebat yang produk Mimio tawarkan.

BARU!

Tukar papan putih biasa anda menjadi papan putih interaktif - dengan serta merta.
MimioTeach

Sistem interaktif MimioTeach™ membuatkannya mudah:

  • Letakkan peranti kami yang unik - bar kompak - pada papan putih anda yang sedia ada.
  • Sambungkan komputer anda ke projektor standard.
  • Akses segala yang ada dalam komputer anda dari papan putih anda.
  • Wujudkan pelajaran yang menarik dengan Perisian MimioStudio.
    Ketahui lebih lanjut.
MimioVote

BARU!

Wujudkan penilaian interaktif serta merta.

Sistem penilaian MimioVote™ membolehkan anda mengukur pemahaman pelajar serta merta, pada bila-bila masa ketika pembelajaran, dengan penyertaan kelas yang maksimum. Ia memudahkan penilaian, penggredan dan penyimpanan rekod:

  • Kendalikan kuiz tanpa persediaan.
  • Papar dan bincangkan keputusan dengan kelas anda dengan segera.
  • Nikmati pemarkahan dan penyimpanan rekod secara automatik.
  • Semak, ubah atau muat turun keputusan akhir ke dalam helaian hamparan.
    Ketahui lebih lanjut.
MimioCapture

BARU!

Simpan nota penanda padam kering biasa anda - dalam warna penuh.

Sistem rakaman dakwat MimioCapture™ membolehkan anda menyimpan nota yang anda buat dengan penanda berwarna pada papan putih biasa anda. Para pelajar anda boleh memfokuskan kepada pembelajaran, dan bukannya pengambilan nota.

  • Wujudkan salinan nota dan lukisan yang lengkap dan tepat dalam warna di papan putih, dalam format pilihan anda.
  • Tukar tulisan tangan kepada teks dalam dokumen.
  • Simpan kesemua yang anda tulis atau lukis di atas papan putih anda dalam dokumen yang anda boleh simpan, edit dan kongsi kemudiannya.*
    Ketahui lebih lanjut.

*Apabila digunakan dengan sistem MimioTeach.

MimioView

BARU!

Para pelajar anda boleh belajar lebih kerana mereka boleh melihat lebih banyak.

Kamera dokumen MimioView™ membolehkan anda dengan serta merta menangkap gambar dan video langsung.

  • Masukkan gambar dan video langsung ke dalam pelajaran anda, pada ketika itu juga.
  • Serta merta akses ciri mengedit dan menyimpan.
  • Tunjuk kandungan buku teks, objek atau demonstrasi secara langsung.
    Ketahui lebih lanjut.
MimioPad
Kawal papan putih interaktif anda dari mana-mana sahaja dalam bilik darjah anda.

Tablet wayarles MimioPad™ membebaskan anda daripada perlu berdiri di depan bilik darjah.

  • Wujudkan dan sampaikan pelajaran interaktif dari mana-mana bahagian bilik darjah melalui teknologi MimioTeach.
  • Perhatikan para pelajar di meja mereka dan berikan perhatian secara individu.
  • Benarkan para pelajar turut serta dari tempat duduk mereka.
    Ketahui lebih lanjut.