Bagaimana jika anda boleh menggunakan pen penanda padam kering pada mana-mana papan putih, dan secara automatik menyimpan apa yang anda tulis - dalam warna - untuk dikongsi dan diedit kemudiannya?
Sistem rakaman dakwat MimioCapture™ adalah aksesori sempurna dengan teknologi MimioTeach. Ia membolehkan anda untuk menyimpan nota dan lukisan di papan putih ke komputer anda ketika anda mengajar, supaya para pelajar anda bebas untuk memberi lebih perhatian dan menyertai sepenuhnya dalam kelas.
- Tukar antara pen penanda dan stilus MimioTeach pada bila-bila masa, dan sistem akan serta merta mengenali alatan mana yang anda gunakan.
- Simpan, edit dan cetak nota papan putih anda untuk para pelajar pada bila-bila masa, dalam pelbagai format, termasuk PDF, JPEG dan HTML.
- Tambahkan lukisan pelajar anda ke dalam bahan pelajaran anda dengan mudah.
- Tukar tulisan tangan anda kepada teks berasas fon dalam dokumen.
- Keluarkan nota yang sama untuk beberapa kelas.
- Simpan nota anda untuk para pelajar yang tidak hadir.
- Gunakannya tanpa projektor.
Pen penanda dan pemadam yang ergonomik mengecas semula dengan cepat dalam dulang magnetik, dan mengekalkan casnya untuk lebih kurang seminggu. Cuma pasangkan dulang kepada mana-mana papan putih magnetik dan letakkan pen dan pemadam di situ apabila anda selesai menggunakannya. Ia akan mengecas semula secara automatik, dan anda tidak perlu gusar mengenai menukar bateri - menjimatkan masa dan wang anda.
Para pelajar anda akan lebih memberi tumpuan dalam bilik darjah.
MimioCapture secara automatik menyimpan kesemuanya di atas papan putih, jadi para pelajar anda bebas untuk berinteraksi dengan bahan pembelajaran dan menyertai kelas sepenuhnya. Dan para pelajar yang tidak hadir dengan mudah boleh dimaklumkan mengenai apa yang mereka tertinggal.
Anda boleh membina bahan pelajaran anda, dengan mudah dan senang.
Dengan menangkap dan menyimpan nota pada papan putih anda dan juga sumbangan para pelajar anda, MimioCapture akan membantu anda memperhalusi rancangan pelajaran anda dan meningkatkan pembelajaran para pelajar anda.
Pen, penanda dan pemadam mengecas semula dengan cepat di dalam dulang magnetik.
Tersedia hanya daripada Mimio, dulang MimioCapture dipasang dengan mudah di mana-mana papan putih sokongan logam. Pen dan penanda yang ergonomik mengekalkan casnya untuk lebih kurang seminggu. Ia dicas semula secara automatik selepas kelas, cuma letakkannya ke dalam dulang dan ia akan sedia digunakan pada keesokan harinya. Tiada keperluan untuk bateri, jadi anda menjimatkan wang dan membantu alam sekitar.