Xi Bar dan Stilus Mimio Interactive

MimioXi

Pencapaian cemerlang daripada beberapa komponen fleksibel

Setiap bahagian sistem Mimio Interactive adalah ringan tetapi tahan lasak, mudah dikendalikan dan senang dialihkan.

Xi Bar Mimio Interactive yang diperkemaskan mengandungi teknologi inframerah dan pengesan ultrabunyi Mimio yang dipatenkan.

  • Boleh dipasangkan secara menegak atau mendatar pada papan putih anda.
  • Boleh dilipat untuk memudahkan pengalihan dan penyimpanan.
  • Lima butang fungsi terbina dalam mengawal mod interaktif, palet alatan dan penandaan skrin dan kesan pembentangan.

Stilus Mimio Interactive berfungsi seperti tetikus, jadi anda boleh memanipulasi fungsi komputer anda pada papan putih. Tidak perlu lagi berjalan ke sana ke mari untuk menggunakan tetikus komputer anda!

  • Fungsi dua butang membolehkan anda untuk mengklik, mengklik kanan, menyeret dan melepaskan.
  • Hujung Teflon yang kukuh memastikan aksi yang lancar dan meluncur.
  • Kelongsong yang kukuh menahan retakan dan impak.

MimioStudio adalah perisian berkuasa yang memacu Sistem Mimio Interactive dan secara dramatik mengembangkan pilihan pengajaran anda.

  • Pilih daripada galeri kandungan dipenuhi dengan pelajaran sedia-digunakan, dalam banyak subjek, disesuaikan dengan pelbagai tahap gred. Gunakannya seperti yang tersedia, atau edit sebagaimana anda rasa sesuai.
  • Gabungkan bahan interaktif - audio, video dan animasi Flash - untuk mewujudkan rancangan pelajaran yang dinamik.
  • Import pelajaran sedia ada daripada aplikasi kegemaran - PowerPoint, Word, Excel dan Adobe Acrobat - ke dalam perisian.
  • Tersedia untuk sistem pengendalian Windows, Macintosh dan Linux,

Sistem Mimio anda dibina agar tahan lasak untuk memastikannya boleh digunakan secara aktif di dalam bilik darjah selama bertahun-tahun. Sekiranya perbaikan perlu dilakukan, komponen boleh dihantar dengan mudah, menghapuskan keperluan perkhidmatan kunjungan di tapak yang mahal.