Hanya mengajar.
Mimio dimulakan pada 1997 dengan satu falsafah: untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik untuk para pelajar, dengan teknologi yang menjadikannya lebih mudah untuk para guru melakukan perkara terbaik yang mereka lakukan - mengajar.
Mimio dilahirkan oleh beberapa pemikir yang amat kreatif di MIT. Menggunakan metodologi masalah/penyelesaian kejuruteraan, mereka mendapati bahawa perhatian para pelajar amat tertumpu kepada pengambilan nota, mereka tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran mereka. Kemudian mereka tertanya,"Bagaimana jika terdapat cara untuk mendapatkan nota, formula dan lukisan di papan putih tanpa perlu menulis kesemuanya?" Keghairahan mereka membuat penemuan mendorong mereka untuk mencipta apa yang dikenali sebagai sistem pengesanan MimioCapture™. Para pelajar akhirnya boleh memberi tumpuan kepada setiap pelajaran, dan mendapatkan notanya kemudian.
Sambil Mimio berkembang, pelbagai inovasi cemerlang membantu para pendidik lebih memfokuskan kepada mengajar dan para pelajar memberi lebih tumpuan kepada pembelajaran. Hasilnya telah menjadi satu sejarah yang panjang dalam anugerah pendidikan dan mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.
Kepimpinan dalam pendidikan. Hari ini dan esok.
Hari ini, Mimio adalah peneraju global dalam teknologi mengajar secara interaktif. Dan kami belum berhenti meneroka masa depan, mencari jawapan yang pada mulanya kelihatan tidak mungkin. Kami melaburkan beberapa tahun melakukan kajian. Kami menghubungkan para jurutera bertaraf dunia dengan para pendidik terbaik. Kesemuanya untuk membina penyelesaian yang menetapkan standard baru yang mengujakan industri.
Hasilnya ialah produk MimioClassroom™ yang terbaru, alatan mengajar kami yang terbaik. Komplikasi teknologi interaktif lain telah dihapuskan. Digantikan dengan sistem bersepadu sepenuhnya yang membolehkan anda menambah alat yang anda perlukan, bila anda memerlukannya. Dan itu membolehkan lebih banyak penyertaan aktif daripada para pelajar untuk meningkatkan pembelajaran mereka.
Bayangkan anda mampu untuk memfokuskan kepada mengajar kerana teknologi tidak mengganggu—ia menjadikannya lebih mudah. Bayangkan para pelajar lebih belajar kerana ia lebih menyeronokkan. Itulah yang kami fikirkan setiap hari, dan itulah sebabnya kenapa Mimio berdiri lebih ke hadapan dalam dunia pendidikan interaktif.