SILA BACA TERMA PENGGUNAAN INI DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNA ATAU MENGAKSES MANA-MANA HALAMAN DALAM LAMAN WEB INI.
Dengan menggunakan atau mengakses laman web ini anda telah memberikan pengakuan dan bersetuju dengan terma penggunaan seperti yang dinyatakan di bawah. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma penggunaan
ini, sila jangan menggunakan laman web ini.
Newell Rubbermaid adalah bebas untuk meminda terma penggunaan ini pada bila-bila masa dengan mengemaskini pengumuman ini, dan penggunaan anda selepas pindaan tersebut menandakan persetujuan anda
dengan terma yang diubah. Sila semak terma penggunaan ini secara berkala untuk sebarang pindaan. Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Newell Rubbermaid Inc. dan anak syarikatnya.
serta syarikat gabungannya (secara kolektif "Newell," "Newell Rubbermaid,""kami" atau"kita"). Sebarang soalan mengenai laman web ini atau pengendaliannya harus diarahkan kepada
titik hubungan yang dinyatakan di akhir terma penggunaan ini.
Sehubungan dengan tontonan dan penggunaan laman web ini, anda dibenarkan untuk memuat turun secara sementara satu salinan bahan yang diposkan di dalam laman web ini ke dalam
satu komputer untuk kegunaan peribadi anda dan bukan komersial sahaja. Kecuali dinyatakan sebaliknya di mana-mana bahagian laman web ini, pengedaran semula,
penyiaran semula, penerbitan semula atau eksploitasi komersial sebarang kandungan laman web ini tanpa persetujuan bertulis
Newell Rubbermaid dan mana-mana pemilik hak cipta yang mana kami telah menerima lesen daripadanya adalah secara jelas dilarang. Permohonan bagi kebenaran tersebut harus dibuat kepada orang hubungan yang dinyatakan di bawah.
Kesemua hak yang tidak diberikan secara jelas di sini dikekalkan. Memuat turun sebarang maklumat, kandungan atau imej dari laman web ini tidak dalam apa jua cara memindahkan sebarang hak atau
milikan maklumat, kandungan atau imej tersebut kepada anda, dan maklumat, kandungan atau imej tersebut hanya boleh digunakan mengikut terma penggunaan ini sahaja.
Anda tidak boleh mencerminkan atau mengarkib sebarang bahagian tapak ini atau sebarang bahan yang terkandung di dalam tapak ini pada mana-mana pelayan atau komputer tanpa kebenaran bertulis
Newell Rubbermaid.
Hiperpautan
Laman web ini mungkin mengandungi hiperpautan kepada laman web pihak ketiga, dan laman web tersebut adalah tanggungjawab sepenuhnya pihak ketiga tersebut, dan penggunaannya
adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri. Newell Rubbermaid tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas kandungan atau polisi atau laman web pihak ketiga tersebut, dan kami tidak bertanggungjawab untuk
(dan tidak dalam mana-mana keadaan bertanggungjawab ke atas) kandungan, ketepatan, kebolehgantungan sebarang laman web yang dipautkan ke laman web ini. Sesiapa yang memilih untuk
mengakses maklumat dari laman web ini (termasuk sebarang maklumat yang diperoleh melalui mana-mana hiperpautan) adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pematuhan
maklumat tersebut dengan sebarang undang-undang yang terpakai.
Penggunaan Laman web ini
Newell Rubbermaid dengan ini memberikan anda lesen terhad, peribadi, bukan-komersial, bukan eksklusif dan tidak boleh dipindahkan untuk mengakses dan menggunakan laman web ini.
Tidak mengambil kira apa-apa sahaja yang bertentangan di dalam terma dan penggunaan ini, anda tidak boleh:
- mengeluarkan sebarang notis keempunyaan dari laman web ini atau sebarang salinannya;
- menggunakan laman web ini untuk sebarang tujuan komersial atau manfaat bagi mana-mana pihak ketiga atau sebarang cara yang tidak dibenarkan oleh pemberian lesen;
- menggunakan laman web ini untuk membangunkan, menjana, menghantar atau menyimpan sebarang maklumat yang: (A) melanggar sebarang harta intelek mana-mana pihak ketiga atau
hak keempunyaan yang lain; (B) memfitnah atau memudarat; atau (C) dalam apa jua cara menghalang atau pun mengganggu prestasi biasa penggunaan laman web ini
oleh orang lain;
- percubaan untuk menyusun kembali, membuat kejuruteraan semula atau menggodam laman web ini atau menggagalkan atau mengatasi sebarang langkah keselamatan, penyulitan dan/atau teknologi pengurusan hak digital
yang dilakukan oleh Newell Rubbermaid berkenaan dengan laman web ini dan/atau data yang dihantar, diproses atau disimpan oleh Newell Rubbermaid;
atau
- menggunakan laman web ini untuk sebarang tujuan yang tidak sah.
Kandungan Newell Rubbermaid
Newell Rubbermaid, syarikat gabungan dan pemberi lesennya, memiliki dan mengekalkan kesemua hak keempunyaan dalam laman web ini. Laman web ini mengandungi kandungan, termasuk,
tetapi tidak terhad kepada, penulisan, imej, ilustrasi, rakaman audio, dan rakaman video yang dimiliki atau dilesenkan oleh Newell Rubbermaid dan
syarikat gabungan, dan pemberi lesen ("Kandungan Newell Rubbermaid") dan dilindungi oleh undang-undang tanda niaga dan hakcipta A.S. dan antarabangsa. Kecuali diperuntukkan
sebaliknya, Newell Rubbermaid dengan ini memberikan anda lesen tidak ekslusif, tidak boleh diserah hak dan tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan atau memaparkan satu salinan kandungan
dalam laman web ini untuk kegunaan peribadi, pendidikan dan bukan-komersial dengan syarat anda mengekalkan kesemua notis tanda niaga dan hak cipta yang terkandung di dalam
bahan tersebut. Kecuali diperuntukkan sebaliknya, bahan di dalam laman web ini tidak boleh dihasilkan semula, diubah, digunakan untuk menghasilkan kerja derivatif, diterbitkan,
atau diedarkan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Newell Rubbermaid. Sebarang penggunaan bahan pada laman web ini yang tidak dibenarkan atau dilarang
boleh menyebabkan pesalah menanggung liabiliti sivil dan juga jenayah di bawah undang-undang yang terpakai.
Kandungan Pengguna
Beberapa bahagian laman web ini direka untuk menggalakkan pertukaran maklumat dan idea secara terbuka. Newell Rubbermaid memberikan peluang kepada anda untuk mengepos,
menghantar, atau menyerahkan maklumat ke blog, papan perbincangan, dan dalam lain-lain kawasan awam laman web ini ("Forum Awam"). Anda faham bahawa kesemua
kandungan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penulisan, imej, ilustrasi, rakaman audio, dan rakaman video, sama ada diposkan secara awam atau
dihantar secara peribadi kepada laman web ini ("Kandungan Pengguna"), adalah tanggungjawab si penghantar sepenuhnya. Ini bermakna anda, dan bukannya Newell Rubbermaid, yang sepenuhnya
bertanggungjawab bagi kesemua Kandungan Pengguna yang anda muat naik, muat turun, pos, e-mel, hantar atau dalam cara lain menjadikannya tersedia melalui laman web ini. Newell Rubbermaid
tidak bertanggungjawab bagi, dan tidak mengawal, memperakukan, atau menjamin ketepatan, integriti atau kualiti, Kandungan Pengguna yang diposkan melalui laman web ini. Newell
Rubbermaid tidak mengawasi setiap paparan pos Kandungan Pengguna dalam Laman Web ini. Walau apa pun, anda faham dan bersetuju bahawa Newell Rubbermaid mengekalkan
haknya untuk mengkaji semula, memadam, atau mengedit Kandungan Pengguna yang, di dalam pertimbangan Newell Rubbermaid, melanggar terma penggunaan ini, mungkin dianggap memudaratkan
atau menyakiti, atau mengancam keselamatan orang lain.
Secara spesifik, anda dilarang daripada mengepos Kandungan Pengguna yang: (i) menggalakkan kebencian, gangguan, atau kecederaan fizikal dalam apa jua bentuk terhadap mana-mana kumpulan
atau individu, (ii) mengandungi maklumat yang menghina, mengancam, lucah, memfitnah atau mengeji atau (iii) melanggar hak cipta orang lain,
tanda niaga atau hak harta intelek yang lain.
Anda bersetuju bahawa anda mesti menilai, dan menanggung kesemua risiko yang berkaitan dengan penggunaan mana-mana Kandungan Pengguna, termasuk sebarang kebergantungan kepada ketepatan, kesempurnaan,
atau kebergunaan Kandungan Pengguna tersebut. Anda mengesahkan bahawa anda tidak boleh bergantung pada mana-mana Kandungan Pengguna yang diserahkan melalui laman web ini.
Dengan mengeposkan Kandungan Pengguna pada laman web ini, anda dengan ini menyatakan bahawa: (a) anda memiliki atau pemegang lesen yang diberi kuasa ke atas kesemua Kandungan Pengguna yang diserahkan oleh anda;
(b) anda tidak melanggar mana-mana perjanjian pihak ketiga dengan menyerahkan Kandungan Pengguna; dan (c) sebarang Kandungan Pengguna yang diserahkan oleh anda tidak harus
melanggar mana-mana tanda niaga, hak cipta, paten atau hak harta intelek pihak ketiga lain atau melanggar sebarang undang-undang atau peraturan yang terpakai.
Selanjutnya, dengan mengeposkan Kandungan Pengguna, anda dengan ini memberikan lesen kekal, tidak eksklusif, bebas royalti, boleh disub-lesenkan di serata dunia untuk
mengguna, menghasilkan semula, memasar, mengedar, mempamer secara terbuka dan rahsia, berkomunikasi, mempersembahkan secara terbuka atau rahsia, menghantar, telah menghantar,
menghasilkan kerja derivatif berdasarkan kepada, dan mempromosikan dalam apa jua medium yang diketahui kini atau selepas ini direka, untuk tujuan editorial, komersial, promosi atau tujuan lain
sebarang Kandungan Pengguna yang diberikan kepada Newell Rubbermaid atau diposkan pada laman web ini.
Kelakuan yang Dilarang
Dengan menggunakan atau mengakses laman web ini, anda menyatakan, menjamin dan mempersetujui bahawa anda tidak akan:
- melakukan apa-apa perkara yang boleh mencacatkan, membebankan atau merosakkan fungsi wajar laman web kami;
- menghantar spam atau sebarang iklan atau carian pelanggan yang tidak dibenarkan melalui atau menggunakan laman web ini;
- menuai, mengumpul atau menggunakan alamat, nombor telefon atau alamat e-mel atau maklumat hubungan lain (secara kolektif "Maklumat Hubungan")
para pengguna laman web ini tanpa persetujuan pengguna tersebut;
- meminta maklumat rahsia daripada pengguna laman web;
- memberi sebarang maklumat peribadi yang palsu dalam profil anda, mewujudkan lebih daripada satu profil, memindahkan profil anda, mewujudkan profil untuk sesiapa sahaja
selain daripada anda sendiri atau mewujudkan profil tanpa kebenaran;
- menggunakan profil anda untuk sebarang tujuan komersial;
- mengugut atau menganggu mana-mana pengguna;
- melakukan apa-apa perkara yang haram, mencabul, fraud, berniat jahat atau boleh mendedahkan para pengunjung laman web yang lain pada mudarat atau liabiliti; atau
- mencuba, menggalakkan atau membantu mana-mana yang di atas.
Garis Panduan Komuniti
Dengan menggunakan atau mengakses laman web, anda harus mematuhi garis panduan komuniti.
BUAT
Patuhi terma penggunaan dan kesemua undang-undang yang terpakai; dan serahkan kandungan yang tepat, sah dan menarik.
JANGAN
Jangan menyerahkan, mengepos atau sebaliknya menyediakan maklumat kepada atau melalui laman web ini yang:
- tidak sah, mengganggu, memfitnah, menghina, mengancam, lucah, memudarat, tort, mengeji atau bersifat menceroboh privasi orang lain;
- mencabul atau melanggar hak cipta sebarang pihak, tanda niaga, rahsia perdagangan, paten, dan hak keempunyaan yang lain;
- mengandungi cecacing, virus, atau fail, kod atau program lain yang memudaratkan, menganggu atau membinasakan;
- termasuk sebarang iklan yang tidak dibenarkan, bahan promosi, surat berantai, spam, mel tidak berguna, atau sebarang jenis timbunan e-mel yang tidak dipinta kepada orang atau entiti yang tidak bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada senarai mel; atau
- anda tidak mempunyai hak untuk menyerahkan, mengepos, menyebar, atau menghantar.
Jangan gunakan laman web ini dalam apa jua cara untuk:
- menyamar sebagai mana-mana orang atau entiti; memalsukan hubungan anda dengan mana-mana orang atau entiti; sengaja meninggalkan, memadam, memalsukan, atau memberi gambaran salah mengenai maklumat, termasuk pengepala, pengembalian mel, dan alamat protokol internet; atau sebaliknya memanipulasi pengenalpasti untuk menyamarkan asalan sebarang kandungan yang anda serah atau hantar melalui laman web ini;
- mengganggu perjalanan biasa dialog atau sebaliknya berkelakuan dalam cara yang memberi kesan negatif kepada keupayaan pengguna lain untuk terlibat dalam pertukaran masa-nyata;
- mengacau, mengganggu, atau memudaratkan laman web atau pelayan atau rangkaian yang bersambung kepada laman web ini dalam apa jua cara sekalipun;
- menghendap secara elektronik atau sebaliknya mengganggu pengguna lain;
- terlibat dalam sebarang aktiviti yang mungkin melanggar hak privasi peribadi orang lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengumpulkan dan mengedarkan maklumat mengenai para pengguna lain tanpa persetujuan mereka, kecuali seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai; atau
- penggunaan laman web ini melanggar sebarang undang-undang atau peraturan yang terpakai, atau sebarang kaedah atau garis panduan yang diwujudkan oleh Newell Rubbermaid.
Penggunaan laman web ini menandakan anda bersetuju untuk tidak terlibat di dalam mana-mana perlakuan yang dilarang dan juga bersetuju dengan Garis Panduan Komuniti. Kegagalan untuk mengikut garis panduan ini akan mengakibatkan penamatan akaun anda. Newell Rubbermaid juga mengekalkan hak untuk mengambil langkah lain yang sesuai, termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan undang-undang, sebagai respons kepada perlakuan yanhg dilarang atau tidak memenuhi garis panduan komuniti.
Notis dan Prosedur untuk membuat Tuntutan Pelanggaran Hak Cipta
Berdasarkan Tajuk 17, Kod Amerika Syarikat, Fasal 512(c)(2), notifikasi tuntutan pelanggaran hak cipta mesti diserahkan kepada Ejen yang Ditugaskan:
Pembekal Perkhidmatan: Newell Rubbermaid Inc.
Nama Ejen yang dilantik untuk Menerima Pemberitahuan Pelanggaran yang Didakwa: Peguam
Alamat Penuh Ejen yang Dilantik di mana Pemberitahuan Patut Dihantarkan::
3 Glenlake Parkway, Atlanta, GA 30328
Nombor Telefon Ejen yang Dilantik: 770.418.7000
Nombor Faksimili Ejen yang Dilantik: 770.677.8000
Alamat E-mel Ejen yang Dilantik: copyright@newellco.com
Untuk dikuatkuasakan, pemberitahuan mestilah dalam bentuk komunikasi bertulis yang merangkumi yang berikut:
- Tandatangan fizikal atau elektronik orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak eksklusif yang didakwa dilanggar;
- Identifikasi kerja berhakcipta yang didakwa telah dilanggar, atau, jika beberapa kerja berhakcipta di satu tapak dalam talian dirangkumi oleh satu pemberitahuan dan satu senarai pewakilan kerja berhakcipta di tapak tersebut;
- Identifikasi bahan yang didakwa melanggar atau menjadi subjek aktiviti pelanggaran dan yang harus dikeluarkan atau dilumpuhkan akses kepadanya, dan maklumat sepatutnya yang mencukupi untuk membolehkan pembekal perkhidmatan untuk mengesan bahan tersebut;
- maklumat sepatutnya yang mencukupi untuk membolehkan pembekal perkhidmatan menghubungi pihak yang membuat aduan, seperti alamat, nombor telefon, dan, jika ada, alamat e-mel elektronik di mana pihak pengadu boleh dihubungi;
- Satu pernyataan bahawa pihak pengadu sesungguhnya dengan suci hati percaya yang penggunaan bahan tersebut dalam cara yang diadu itu tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang;
- Satu pernyataan bahawa maklumat di dalam pemberitahuan tersebut adalah tepat, dan di bawah penalti sumpah bohong, bahawa pihak pengadu diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak eksklusif yang didakwa telah dilanggar.
Ganti rugi
Anda bersetuju untuk melindungi Newell Rubbermaid daripada kerugian dan terhadap sebarang tuntutan atau punca tindakan yang dibawa oleh pihak ketiga dan juga sebarang ganti rugi, kos dan belanja (termasuk fi peguam yang berpatutan)("Tuntutan") yang timbul daripada atau berkenaan dengan (a) penggunaan laman web atau sebarang aplikasi, ciri, kandungan atau bahan yang berkaitan dengannya; (b) pelanggaran terma penggunaan; (c) pelanggaran hak orang atau entiti lain; atau (d) kemungkiran representasi, waranti dan waad yang dibuat oleh anda di sini.
Tiada Representasi atau Waranti
Newell Rubbermaid tidak membuat sebarang representasi atau waranti yang laman web ini bebas daripada kecacatan, virus atau komponen lain yang memudaratkan. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ganti rugi atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggodaman atau penyusupan laman web ini atau sistem komputer Newell Rubbbermaid. ANDA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB PENUH UNTUK MELINDUNGI DAN MENYOKONG DATA DAN/ATAU PERALATAN YANG DIGUNAKAN BERHUBUNG DENGAN LAMAN WEB INI YANG MENCUKUPI DAN ANDA BERSETUJU UNTUK MELINDUNGI NEWELL RUBBERMAID DARIPADA, DAN ANDA BERWAAD UNTUK TIDAK MENYAMAN KAMI DI ATAS, SEBARANG TUNTUTAN YANG BERDASARKAN PENGGUNAAN LAMAN WEB INI, TERMASUK TUNTUTAN BAGI KEHILANGAN DATA, KELEWATAN KERJA ATAU KEHILANGAN KEUNTUNGAN DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN BAHAN ATAU KANDUNGAN DARIPADA LAMAN WEB INI.
Halaman laman web ini mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal, maklumat yang sudah lapuk dan kesalahan tipografi. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, LAMAN WEB INI DIBEKALKAN SEPERTI "SEDIA ADA" NEWELL RUBBERMAID TIDAK MEMBUAT SEBARANG BENTUK WARANTI, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA SEBARANG WARANTI ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN KHUSUS ATAU PERDAGANGAN, ATAU MEMBUAT SEBARANG BENTUK JAMINAN BERKENAAN KUALITI, KANDUNGAN DATA, NILAI ARTISTIK, ATAU KESAHAN MAKLUMAT, KANDUNGAN, BARANG ATAU PERKHIDMATAN YANG DIPINDAHKAN, DITERIMA, DIBELI ATAU SEBALIKNYA YANG DISEDIAKAN ATAU DIDAPATI DARIPADA LAMAN WEB INI. KAMI TIDAK MENJAMIN BAHAWA LAMAN WEB INI AKAN BEBAS KESILAPAN ATAU KECACATAN AKAN DIBETULKAN. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI MUNGKIN TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT, OLEH ITU PENGECUALIAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI UNTUK ANDA.
Pembatasan Liabiliti
DI BAWAH APA-APA KEADAAN SEKALI PUN, TERMASUK KECUAIAN, NEWELL RUBBERMAID TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG GANTI RUGI KHAS, SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT ATAU KEHILANGAN KEUNTUNGAN AKIBAT DARIPADA PENGEDARAN ATAU PENGGUNAAN, ATAU KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGGUNAKAN, KANDUNGAN ATAU BAHAN DI DALAM LAMAN WEB INI, MESKIPUN KAMI TELAH DINASIHATKAN MENGENAI KEMUNGKINAN GANTI RUGI TERSEBUT. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI MUNGKIN TIDAK MEMBENARKAN PEMBATASAN ATAU PENGECUALIAN LIABILITI ATAU GANTI RUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, OLEH ITU PEMBATASAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI UNTUK ANDA. TIDAK DI BAWAH APA-APA KEJADIAN SEKALIPUN LIABILITI KESELURUHAN NEWELL RUBBERMAID KEPADA ANDA UNTUK KESEMUA GANTI RUGI, KERUGIAN, DAN SEBAB TINDAKAN (SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT ATAUPUN SEBALIKNYA) MELEBIHI AMAUN YANG DIBAYAR OLEH ANDA, JIKA ADA, UNTUK MENGAKSES LAMAN WEB INI.
Bidang kuasa dan Pilihan Undang-undang
Newell Rubbermaid mengawal dan mengurus laman web ini dari fasilitinya di Negeri Illinois di Amerika Syarikat. Kecuali dinyatakan sebaliknya, bahan dan kandungan dalam laman web ini disampaikan semata-mata untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan di Amerika Syarikat. Maklumat yang diterbitkan di tapak laman web ini mungkin mengandungi rujukan kepada produk, program dan perkhidmatan yang tidak diumumkan atau terdapat di negara atau wilayah anda. Kami tidak membuat representasi bahawa maklumat, produk, program atau perkhidmatan tersebut yang dirujuk di dalam laman web ini adalah sah, terdapat atau sesuai di negara atau wilayah anda.
Terma penggunaan ini tertakluk kepada dan ditafsir mengikut undang-undang Negeri Illinois dan Amerika Syarikat, tanpa memberi apa-apa kesan kepada sebarang prinsip konflik undang-undang. Anda dan Newell Rubbermaid memberi persetujuan yang tidak boleh dibatalkan bagi bidang kuasa eksklusif mahkamah yang terletak di Illinois berhubung dengan sebarang tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan terma penggunaan ini atau perkaranya. Anda dan Newell Rubbermaid mengetepikan sebarang bantahan berdasarkan kepada kekurangan bidang kuasa diri, tempat kediaman, tempat yang tidak sesuai atau forum non conveniens dalam mana-mana tindakan tersebut.
Tanda niaga dan Hak cipta
Tiada apa-apa di dalam laman web ini yang harus ditafsir sebagai menganugerahkan sebarang lesen di bawah mana-mana hak harta intelek, termasuk sebarang hak dalam bentuk tanda niaga atau hak cipta, Newell Rubbermaid atau mana-mana pihak ketiga, sama ada melalui estopel, implikasi, atau sebaliknya. Kesemua tanda niaga dan nama dagang adalah harta pemiliknya masing-masing.
Kecuali dinyatakan sebaliknya, Newell Rubbermaid adalah pemilik kesemua tanda niaga dan tanda perkhidmatan dalam laman web ini, sama ada didaftarkan atau pun tidak. Kesemua tanda niaga yang didaftarkan adalah didaftarkan di Amerika Syarikat (atau bidang kuasa berkaitan yang lain).
Pengasingan
Sekiranya mana-mana peruntukan terma penggunaan ini dianggap sebagai tidak sah, terbatal, atau atas sebarang sebab tidak boleh dikuatkuasakan, oleh yang demikian peruntukan tersebut harus dianggap sebagai diasingkan daripada terma penggunaan lain yang tinggal.
Privasi
Sila lihat Polisi Privasi kami untuk maklumat mengenai pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi daripada laman web ini.
Tanpa mengambil kira sebarang representasi mengenai privasi, Newell Rubbermaid mengekalkan hak untuk mendedahkan tanpa notis kepada anda sebarang maklumat dalam milikannya jika dikehendaki oleh undang-undang atau bersandarkan kepercayaan suci-hati bahawa tindakan tersebut adalah perlu untuk mematuhi sebarang undang-undang, untuk melindungi atau mempertahankan hak atau harta kami, atau untuk bertindak balas kepada situasi kecemasan. Bahagian atau halaman spesifik laman web ini mungkin menyertakan terma tambahan atau berlainan berkaitan dengan penggunaan maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada bahagian atau halaman tersebut.
Umum
Terma penggunaan ini merupakan kata sepakat keseluruhan berkenaan dengan penggunaan laman web ini dan mengatasi mana-mana komunikasi sebelum ini atau semasa, bertentangan atau tambahan.
Sebarang akses, modifikasi atau pengubahan mana-mana maklumat yang tidak dibenarkan, atau sebarang gangguan dengan keupayaan untuk mengakses laman web ini adalah dilarang sama sekali. Newell Rubbermaid mengekalkan kesemua hak undang-undang dan remedi yang berserta dengannya dan penolakan ini tidak harus dalam apa cara sekalipun dianggap sebagai pembatasan atau pelepasan mana-mana hak lain yang Newell Rubbermaid mungkin miliki.
Bahagian atau halaman khusus laman web ini mungkin menyertakan terma tambahan atau berlainan berkaitan dengan penggunaan laman web ini. Sekiranya terdapat konflik antara terma tersebut dan terma penggunaan ini, terma tersebut akan menguasai.
Kecuali ditunjukkan sebaliknya, kesemua bahan dalam laman ini © 2010 Newell Rubbermaid Inc.
Semua hak terpelihara.
Maklumat Hubungan:
Soalan mengenai terma dan syarat ini boleh diarahkan kepada:
Pasukan E-Perniagaan
Newell Rubbermaid Inc.
29 East Stephenson Street
Freeport, IL 61032
ebusiness@newellco.com
Soalan mengenai produk kami tidak seharusnya diarahkan ke alamat ini dan tidak akan dibalas.