Dengan menggunakan atau mengakses laman web ini anda telah memberikan pengakuan dan bersetuju dengan terma penggunaan seperti yang dinyatakan di bawah. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan polisi ini, sila jangan gunakan laman web ini. Syarikat boleh menyemak polisi ini pada bila-bila masa dengan mengemaskini pos ini, dan penggunaan anda selepas pengubahan tersebut menandakan persetujuan anda dengan terma yang diubah. Sila semak terma penggunaan ini secara berkala untuk sebarang pindaan.
Polisi ini bertujuan untuk membantu anda memahami bagaimana Newell Rubbermaid Inc., anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat gabungannya ("Newell Rubbermaid, "kami," atau "kita") mengumpul, mengguna dan melindungi maklumat yang diberikan di laman web ini. Polisi ini meliputi kesemua maklumat yang anda berikan di laman web ini, termasuk maklumat peribadi.
Pengumpulan Maklumat Peribadi
Jika anda melayari mana-mana laman web Newell Rubbermaid, secara umumnya anda boleh melakukannya tanpa memberikan sebarang maklumat peribadi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes di mana kami mungkin meminta anda memberikan data peribadi. Sebagai contoh, kami kadang-kadang menjalankan tinjauan dalam talian untuk lebih memahami keperluan dan profil para pengunjung kami. Selain itu, kami mungkin meminta maklumat peribadi apabila anda mendaftar untuk menerima maklumat tambahan mengenai produk dan perkhidmatan kami, memuat turun perisian, mendaftar untuk surat berita, atau menghantar soalan kepada kami. Walaupun jika anda memilih untuk tidak memberikan maklumat yang kami minta, anda masih boleh mengunjungi kebanyakan laman web Newell Rubbermaid, tetapi anda mungkin tidak boleh untuk mengakses pilihan, tawaran, dan perkhidmatan tertentu.
Sekiranya anda menukar fikiran atau ingin mengemas kini atau memadam maklumat peribadi anda (contohnya kod zip anda), kami akan berusaha untuk membetulkannya, mengemas kini atau mengeluarkan data peribadi yang anda berikan kepada kami. Anda boleh melakukannya dengan menghubungi kami di titik hubungan yang dinyatakan di bawah.
Pesanan
Apabila anda membuat pesanan untuk produk atau perkhidmatan, kami perlu mengetahui nama, alamat e-mel, nombor dan tarikh tamat kad kredit anda. Maklumat peribadi ini diperlukan supaya kami dapat memproses dan memenuhi pesanan anda, menghantar pesanan atau pengesahan penghantaran, dan juga untuk memberitahu anda status pesanan anda. Kesemua transaksi Internet dengan Newell Rubbermaid dilaksanakan di pelayan selamat yang menyulitkan maklumat kad kredit anda untuk memastikan ia tidak dibaca oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan.
Mel/Komunikasi Pemasaran Newell Rubbermaid
Jika anda memberikan kami maklumat peribadi, dan memilih untuk menyertai senarai e-mel syarikat yang tertentu, kami akan letakkan anda dalam senarai syarikat untuk menerima e-mel mengenai kemas kini produk dan perkhidmatan, tawaran khas, isu penting dan produk serta perkhidmatan baru daripada syarikat dan juga anak syarikat serta syarikat gabungan Newell Rubbermaid yang lain. Maklumat peribadi yang anda berikan kepada syarikat akan dikongsi secara dalaman dengan anak syarikat dan syarikat gabungan Newell Rubbermaid yang lain. Jika anda tidak mahu menerima e-mel kemas kini atau komunikasi pemasaran lain daripada syarikat atau anak syarikat dan syarikat gabungan Newell Rubbermaid yang lain, sila hubungi kami di alamat e-mel yang dinyatakan di bawah untuk tidak menyertai.
Penggunaan Maklumat Peribadi
Maklumat peribadi yang diberikan oleh para pengguna yang berusia 13 tahun atau lebih hanya boleh digunakan untuk tujuan pemasaran dan promosi oleh Newell Rubbermaid serta anak syarikat dan syarikat gabungannya. Kecuali seperti yang dinyatakan di dalam polisi ini, Newell Rubbermaid tidak menyewa, menjual atau sebaliknya mengedar kepada pihak ketiga, maklumat peribadi kamu yang dimasukkan ke dalam laman web ini tanpa persetujuan anda, kecuali dituntut oleh undang-undang atau seperti yang didedahkan kepada anda apabila maklumat tersebut dikumpulkan. Jika anda memberikan persetujuan untuk kami berkongsi maklumat anda dengan syarikat pihak ketiga yang lain, kami boleh berkongsi maklumat anda dengan syarikat pihak ketiga yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang mungkin anda minati. Syarikat ini kemudian boleh menghubungi anda secara langsung mengenai tawaran produk atau sampel, tawaran dan maklumat peribadi, atau untuk meminta maklum balas anda mengenai produk dan program yang mereka fikir mungkin anda minati. Walaupun kami menggunakan kesemua usaha yang munasabah untuk melindungi kerahsiaan maklumat anda, Newell Rubbermaid tidak akan mempunyai sebarang tanggungjawab ke atas pendedahan sebarang maklumat yang diperoleh disebabkan oleh kesilapan penghantaran atau tindakan tanpa kebenaran pihak ketiga.
Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami atas dasar perlu-tahu. Kami melantik pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk melaksanakan perkhidmatan tertentu bagi pihak kami. Untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut, pembekal perkhidmatan ini mungkin perlu mengetahui maklumat peribadi anda. Kami mengkehendaki mereka melindungi maklumat ini dan hanya menggunakannya untuk memberikan perkhidmatan bagi pihak kami. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan syarikat penghantaran luar, syarikat pemprosesan kad kredit, penjual semula, pengedar, dan pembekal kandungan.
Kami mungkin berkongsi maklumat statistik atau terkumpul bukan peribadi mengenai para pengguna kami dengan para pengiklan, rakan kongsi perniagaan, penaja dan pihak ketiga yang lain. Data ini digunakan untuk mereka bentuk dan memadankan kandungan dan pengiklanan laman web Newell Rubbermaid untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pengguna kami.
Pemindahan Maklumat Peribadi
Bergantung kepada negara mana anda berada, maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan ke negara lain untuk penyimpanan dan pemprosesan data. Apabila kami memindahkan maklumat peribadi, kami memindahkan maklumat tersebut menurut undang-undang perlindungan data yang terpakai, seperti Arahan Privasi Data EU dan undang-undang privasi negara lain yang khusus.
Kuki dan Pengesanan IP
Tapak ini mungkin menggunakan kuki bagi tujuan pentadbiran tapak. Jika atas sebarang sebab anda tidak ingin memanfaatkan kuki, anda boleh mengarahkan pelayar anda agar tidak menerimanya, walaupun ini boleh melumpuhkan atau menjadikan beberapa ciri tidak boleh diguna di laman web Newell Rubbermaid.
Laman web ini juga boleh mengesan dan menggunakan alamat IP atau nama domain anda untuk tujuan pengawasan trafik kapasiti dalaman atau untuk sebaliknya mentadbir laman web kami. Tiada maklumat peribadi diperoleh; sebaliknya; cuma corak penggunaan para pengguna kami boleh dikesan untuk memberikan anda perkhidmatan dan kandungan yang ditambahbaik berdasarkan kepada agregat atau statistik ulasan corak trafik tapak pengguna kami.
Kes Khas
Newell Rubbermaid mengekalkan hak untuk mendedahkan maklumat pengguna dalam kes khas, apabila kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa mendedahkan maklumat ini adalah perlu untuk mengenal pasti, menghubungi atau mengenakan tindakan mahkamah terhadap seseorang yang mungkin menyebabkan kecederaan atau gangguan kepada (sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja) hak atau harta kami, para pengguna laman web Newell Rubbermaid yang lain, atau sesiapa sahaja yang mungkin dimudaratkan oleh aktiviti tersebut. Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi tanpa notis kepada anda selaku respons kepada sapina atau apabila kami dengan suci hati percaya bahawa undang-undang mengkehendakinya atau untuk bertindak balas kepada situasi kecemasan. Kami juga boleh mendedahkan maklumat peribadi sebagai sebahagian daripada penggabungan dan pengambilan.
Polisi untuk Kanak-kanak
Newell Rubbermaid menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk mengawasi dan menyertai aktiviti dalam talian anak mereka. Kecuali anda melihat laman web yang secara khusus ditujukan untuk kanak-kanak, tiada maklumat yang patut diserahkan ke tapak ini oleh pengguna di bawah umur 13 tahun, dan pengguna di bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan untuk mendaftar bagi sebarang surat berita, kelab atau aktiviti. Selain itu, para pengguna di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk membuat pembelian atau menyertai pertandingan, kecuali pertandingan yang dikhususkan untuk kanak-kanak. Sekiranya wajar, Newell Rubbermaid boleh meminta anda untuk menyatakan umur anda untuk mengesahkan pematuhan polisi ini.
Newell Rubbermaid tidak mengumpulkan maklumat dari tetamu kami yang di bawah umur 13 tahun atau memberikan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti secara peribadi daripada tetamu berikut kepada mana-mana pihak ketiga atas apa-apa sebab sekalipun. Kami tidak membenarkan para tetamu yang diketahui berusia di bawah 13 tahun untuk menerima komunikasi pemasaran secara langsung daripada Newell Rubbermaid atau pihak ketiga.
Program BBBOnLine®
Privasi anda adalah penting bagi kami. Newell Rubbermaid menyertai program Better Business Bureau's BBBOnLine®. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di http://www.bbbonline.org.
Tapak yang Dipautkan
Adalah dimaklumkan bahawa laman web ini mungkin mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga. Laman web yang dipautkan bukan di bawah kawalan Newell Rubbermaid, dan kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan atau amalan privasi mana-mana laman yang dipautkan atau mana-mana pautan di laman yang dipautkan.
Perubahan ke atas Polisi Privasi
Newell Rubbermaid mengekalkan hak untuk mengubah atau mengemaskini polisi ini, atau mana-mana polisi atau amalan yang lain, pada bila-bila masa, dengan notis yang munasabah kepada para pengguna laman webnya. Sebarang perubahan atau pengemaskinian akan berkuatkuasa serta merta apabila diposkan ke tapak Newell Rubbermaid.
Maklumat Hubungan
Soalan Polisi Privasi
Soalan mengenai polisi privasi ini boleh ditujukan kepada:
Pasukan E-Business
Newell Rubbermaid, Inc.
29 East Stephenson Street
Freeport, IL 61032
privacy@newellco.com
Memilih untuk keluar
Jika anda inginkan alamat e-mel anda dibuang daripada pangkalan data kami, sila hantar e-mel kepada optout@newellco.com dan taip perkataan "Buang" dalam baris subjek.
Soalan mengenai produk dan perkhidmatan kami tidak sepatutnya ditujukan kepada privacy@newellco.com atau optout@newellco.com dan tidak akan dibalas.